LATAR BELAKANG

Pejabat Daerah Kecil Tamparuli telah ditubuhkan pada 02 Januari 1977. Pada masa penubuhannya, ianya terletak di sebuah pejabat kecil di tingkat atas kedai di Pekan Tamparuli dengan berkongsi ruang kerja bersama Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Tamparuli dengan hanya mempunyai enam (6) orang kakitangan sahaja yang dipinjamkan daripada pihak kerajaan.

Pada tahun 1982, dengan bantuan daripada kerajaan negeri dan wakil raykat Tamparuli, Pejabat Daerah Kecil Tamparuli telah berpindah ke Bangunan Urusetia Kecil Tamparuli dan sehingga kini tahun 2021 ianya semakin maju beroperasi dengan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Daerah dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir dan dua (2) orang Penolong Jurutera serta 23 orang kakitangan yang lain. Bilangan pegawai dan kakitangannya telah ditambah sejak tahun 2000 untuk mengendalikan tugas-tugas dan tanggungjawab kepada daerah yang semakin bertambah.

Sesuai dengan slogan “BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT” Pejabat Daerah Kecil Tamparuli merupakan organisasi yang bertanggungjawab mengurus dan membantu dalam pelbagai urusan rakyat tidak mengira lapisan masyarakat di daerah kecil Tamparuli. Jabatan ini juga adalah selaku nadi pentadbiran dan pembangunan daerah kecil Tamparuli, urus setia pelbagai acara, program serta aktiviti daerah khasnya acara rasmi kerajaan yang diadakan di daerah kecil Tamparuli.

Dari segi pentadbiran politik, Pejabat Daerah Kecil Tamparuli adalah terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N14 Tamparuli. Jumlah pengundi bagi DUN N14 Tamparuli ialah sebanyak 14,689 (tahun 2020) dibawah lima (5) buah mukim iaitu Mukim Tenghilan I, Mukim Tenghilan II, Mukim Tamparuli, Mukim Topokon dan Mukim Mangkaladoi.

Antara Penolong Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di daerah kecil Tamparuli adalah :

Bil Nama Tahun Masuk Berkhidmat Tahun Tamat Berkhidmat
1 Azman M.Y Imbayan @ Edmund Jaiku 1977 1979
2 Felex Kadayum 1980 1981
3 Victor Moosom Ogos 1981 Disember 1981
4 Jeffery Ghani 1982 1985
5 Jimmy Kojuna 1986 1991
6 Edwin Siagian 1991 1994
7 Victor Moosom 1994 1996
8 Robert Stidi 1997 Jun 1999
9 Lian Awang (Memangku) Jun 1999 Oktober 2000
10 Steven Galono November 2000 Disember 2002
11 Edip Abun Januari 2003 Oktober 2010
12 Celestinus Lawanding Oktober 2010 Mac 2019
13 Joseph Bangguan April 2019 Mac 2020
14 Herman Tunggiging April 2020 Sekarang