ASAL USUL TAMPARULI

Asal usul Tamparuli mempunyai versi yang berbeza dari pelbagai cerita masyarakat sejak bertahun yang lalu. Versi asal yang paling popular ialah Pekan Tamparuli dinamakan sempena jambatan gantung sementara yang dibina oleh pegawai British yang tidak dikenali.

Jambatan gantung sementara dibina untuk menggantikan jambatan gantung lama yang dahulunya rosak akibat banjir. Berdasarkan cerita masyarakat dahulu kala, pegawai British tersebut berpaling ke arah penduduk tempatan dan berkata ‘jambatan ini bersifat sementara’. Oleh itu, perkataan sementara (Temporary) disebut secara beransur-ansur sehingga lama-kelamaan ia di panggil Tamparuli.