alternative

PERUTUSAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH KECIL TAMPARULI

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Teknologi Maklumat, Pejabat Daerah Kecil Tamparuli kerana Berjaya menyediakan perkhidmatan portal rasmi bagi keumdahan dan keselesaan para pelanggan serta warga daerah kecil Tamparuli. Portak ini juga bukan sahaja berperanan sebagai saluran informasi dan sebagai rujukan kepada masyarakat terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, malah telah meringankan beban pegawai dan kakitangan di pejabat ini dalam mengharungi kerja-kerja harian mereka.

Portal rasmi Pejabat Daerah Kecil Tamparuli merupakan wadah media dan saluran informasi kepada orang awam yang lebih pantas dan informatif. Sesuai dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan teknologi digital, pejabat ini telah mereka bentuk portal rasmi pejabat dengan struktur yang lebih baik supaya ianya memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi di Pejabat Daerah Kecil Tamparuli selaras dengan saranan kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Portal ini akan dipertingkatkan dan ditambah baik secara berterusan bagi menjamin kemudahan yang berkualiti yang disediakan kepada para pelanggan.

Dalam kita menjalani norma kehidupan yang baru disebabkan oleh pandemic Covid-19 maka perkhidmatan portal ini begitu sesuai serta dapat meringankan masalah para pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli. Oleh itu, marilah kita sama-sama memajukan daerah kita serta melandaikan rantaian Covid-19 dengan slogan “KITA JAGA KITA” supaya kita dapat menjalani kehidupan baru yang sihat dan selamat.

Saya amat berharap agar apa jua yang dapat dipaparkan dalam portal ini akan menjadi sesuatu yang berguna dalam apa jua urusan yang dikehendaki. Pihak kami juga akan sentiasa mendengar apa jua pendapat/cadangan yang dapat meningkatkan lagi kualiti penyampaian khasnya melalui portal ini. Setiap pendapat/cadangan daripada masyarakat khususnya di daerah kecil Tamparuli hendaklah berupa pandangan bernas untuk meningkatkan mutu perkhidmatan demi kemajuan daerah kecil Tamparuli. Sebarang pandangan negative berunsur politik adalah tidak dibenarkan untuk dinyatakan sama ada dalam bentuk tulisan mahu pun bergambar.

Adalah menjadi harapan saya agar portal rasmi Pejabat Daerah Kecil Tamparuli ini benar-benar dapat membantu dan memberikan informasi yang cepat dan tepat kepada setiap pelanggan/pelawat.

Sekian, terima kasih.

HERMAN TUNGGIGING
Pejabat Daerah Kecil Tamparuli


“SABAH MAJU JAYA”